amir009.blogspot.com

oryza sativa
Selamat tahun baru 2010. Sorry lama tak update blog ni, dah jadi sarang tikus kot. Sekarang selalu update blog baru Oh! Malaysia. Lagipun blog baru guna self-hosting Wordpress, lagi best dari guna Blogger.

Apa-apapun semoga tahun 2010 ni kita akan capai azam kita yang lepas-lepas yang tak tercapai. Jangan masuk tahun baru sibuk nak pasang azam baru, tapi azam-azam lepas tak tercapai pun.

Kepada kawan-kawan yang bercuti, selamat bercuti. Kawan-kawan yang tengah belajar, selamat belajar. Kawan-kawan di UK, US, Russia, Europe selamat bermusim sejuk yang 'seronok'. Hehe.

oryza sativa
Salam dan selamat bersua kembali. Lama jugak tak update blog ini. Bila dah terperap kat rumah je, tak ada idea nak tulis blog ni. Sekarang cuba menyibukkan diri dengan dunia blogger, menulis blog yang bukan pasal diri semata-mata.

Untuk blog kedua ni, aku guna self-hosting Wordpress. Beli hosting dan domain melalui ServerFreak dengan bayaran RM80 setahun. Bila convert dalam nilai dollar Australia, dalam AUD26. Aku memilih ohmalaysia.com sebagai domain blog terbaru. Proses nak install blog 100% aku buat secara manual dengan bantuan tutorial blog Justkhai.com.

Masa inilah aku didedahkan dengan benda-benda yang tak pernah aku tahu. Aku bab-bab IT ni bukan tahu sangat. Nak tak nak kena taulah pasal ftp, cpanel, directadmin, fantastico dsb. Bukan kerja mudah nak install blog yang guna self-hosting ni, kena banyak-banyak bersabar.

Sekarang blog Oh! Malaysia sudah siap dan kerja-kerja update blog mula dibuat. Blog Oh! Malaysia bukan personal blog macam blog ni, tapi pengisian lebih umum mengenai isu-isu semasa, berita-berita sukan dan hiburan tanah air. Fokusnya lebih meluas.

Aku juga mewujudkan Oh! Malaysia fan page untuk memudahkan pembaca-pembaca mendapat update entri-entri terbaru.

Jika Blogspot ada Follower, Wordpress juga ada Follower tapi dengan menggunakan nama Google Friend Connect. Just join this site kalau nak follow blog Oh! Malaysia. Sesiapa yang nak link blog ni juga, dipersilakan.

Entri akan datang, aku akan kongsikan kelebihan berblogging dengan Wordpress berbanding Blogspot. Jika dulu, aku pelik tengok orang guna Wordpress, sekarang aku mula rasa pelik kenapa orang masih guna Blogspot, tak beralih ke Wordpress.


oryza sativa

Selama 20 tahun Malaysia kemarau emas bola sepak Sukan SEA setelah kali terakhir memenangi emas pada tahun 1989 di Kuala Lumpur. Hasrat untuk kembali memenangi emas juga terkubur pada tahun 2001, juga di Kuala Lumpur di mana Malaysia hanya berpuas hati dengan pingat perak setelah kecundang ditangan Thailand. Di bumi Laos, skuad bola sepak negara boleh tersenyum puas dengan kejayaan memenangi emas menewaskan Vietnam 1-0. Saya tertarik apabila membaca status rakan di Facebook, ‘menang 1 gol ke, 100 gol ke, menang tetap menang.’

Jika kita soroti perjalanan skuad kebangsaan di Sukan SEA Laos ini, perjalanan mereka dilihat agar sukar setelah diundi dalam kumpulan A bersama-sama finalis bola sepak Sukan SEA 2007 di Korat iaitu Vietnam dan Thailand. Kejayaan Malaysia menewaskan Timor Leste 11-0 dan Kemboja 4-0 bagaimanapun disentap dengan kekalahan di tangan Vietnam dengan 1-3. Malaysia perlu menang dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Thailand untuk layak ke peringkat separuh akhir. Thailand pula hanya perlu seri untuk ke separuh akhir. Dengan semangat kental yang ditonjolkan oleh skuad bimbingan K. Rajagobal, Malaysia mengejutkan jaguh Asia Tenggara itu dengan keputusan 2-1.

Di peringkat separuh akhir, Malaysia menewaskan tuan rumah Laos dengan keputusan 3-1. Vietnam juga menempah tiket perlawanan akhir apabila mudah menewaskan skuad Singapura dengan 4 jaringan berbalas 1. Di pentas akhir, perlawanan nampak seimbang apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun, nasib menyebelahi Malaysia apabila jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV. Malaysia menang 1-0.

Dengan kemenangan pingat emas bola sepak ini diharapkan dapat menutup mulut pengkritik-pengkritik skuad bola sepak kebangsaan. Kejayaan ini seharusnya memberi inspirasi kepada skuad kebangsaan untuk terus berjaya di peringkat yang lebih tinggi. Saya tertarik apabila membaca status rakan-rakan di Facebook. Antaranya ‘penyokong mana yang bertambah bila menang, berkurang bila kalah. Jawapannya: penyokong Malaysia’ dan ‘bila dah menang baru nak mengaku rakyat Malaysia’. Walau apapun, tahniah buat skuad bola sepak kebangsaan!!!

Salam Maal Hijrah 1431H.

'Memantapkan ukhuwah dan memperkasa ummah'

oryza sativa
Cuti ni aku malas sangat nak update blog, walaupun setiap hari tengok tv, makan, tido. Nak guna internet pun rasa malas. Mana taknya, kat Malaysia ni aku guna Celcom broadband, bayar RM68 sebulan. Service memang teruk. Selalu je terputus connection. Dahlah slow nak mamp**. Nak pakai Streamyx pulak kena ada line rumah. So dengan internet yang lembap ni, membantutkan niat aku untuk berblogging masa cuti ni. Aku nak berehat. Manfaatkan cuti di Malaysia ni dengan sebaik-baiknya.
Blog Widget by LinkWithin